Berita

Tak Mampu Bayar?

Terkejut, terharu, terpinga. LELAKI TERKEJUT BILA TAHU ADA PERKHIDMATAN AMBULANS MAMPU MILIK.

Seorang lelaki baru sahaja menghubungi saya sebentar tadi untuk memohon bantuan membawa ibunya yang uzur dari Hospital Besar Kuala Lumpur pulang ke Teluk Intan.

Apabila saya beritahu kosnya hanyalah RM700, saya terdengar dia terkesima. Dia amat bersyukur kerana ambulans lain mengenakan caj minimum RM1,500. Saya berasa amat berbesar hati dapat membantu pesakit yang memerlukan.

Kami adalah sebuah Pertubuhan Tidak Berasaskan Keuntungan (NGO). Maka kami memahami betapa leganya hati seseorang apabila mendengar caj mampu milik bagi membawa ahli keluarga mereka yang sakit.

Jika benar-benar tiada wang, kami hanya akan kenakan caj RM1 sahaja kepada keluarga. Kami akan memohon sumbangan orang ramai untuk menyokong usaha ini supaya lebih ramai pesakit dapat dibantu.

Sungguh menyedihkan apabila ahli keluarga terpaksa bersusah-payah mencari ambulans yang mampu milik untuk insan tersayang.

Kami bersyukur, kami masih di sini untuk berkhidmat.
Hubungi kami di 018 2683999.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button