CPR dan AED: Ilmu Mudah, Bezakan Hidup dan Mati

Kisah keberanian seorang wanita yang melakukan CPR di Lapangan Terbang Kuching dan berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki telah mencetuskan minat masyarakat tentang betapa pentingnya tindakan pantas dalam menentukan hidup atau mati.
Jika wanita tersebut tidak bertindak dengan segera, mungkin satu nyawa telah hilang. Dalam satu kematian, akan ada anak-anak, ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai, rakan sekerja, majikan, pekerja dan kenalan perniagaan yang akan terkesan. Kematian boleh membawa impak trauma, impak kewangan, impak emosi serta kehilangan punca pendapatan – dan boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan atau sesebuah entiti perniagaan sepenuhnya.
Oleh itu, mempelajari CPR berkualiti tinggi adalah sangat penting. Ia mudah dan tidak memerlukan kos. Begitu juga dengan kemahiran menggunakan AED (Automated External Defibrillator) yang turut digunakan dalam insiden di Lapangan Terbang Kuching, di mana kejutan elektrik telah diberikan sebanyak dua kali.
Saya sangat bersedia untuk berkongsi pengalaman kami kepada orang ramai. Jika anda berminat untuk mengetahui teknik-teknik ini, sila hubungi saya di 018 2683999.
Anda mungkin berpeluang untuk menyelamatkan satu nyawa. Ketahui CPR hari ini.
Terima kasih kepada All Nation Church kerana menganjurkan sesi perkongsian ini.