Stiker CPR Di Kereta Anda
STIKER CPR DI KERETA ANDA. SILA UNDI.
Kita tidak tahu siapa yang ada keupayaan dan keberanian untuk melakukan CPR. Oleh itu, bagi mengubah landskap kesedaran CPR di Malaysia, saya telah mereka stiker CPR untuk ditampal di kereta anda.
Ini adalah satu galakan untuk rakyat Malaysia agar memiliki pengetahuan mengenai CPR. Stiker yang ditampal di bahagian belakang but kereta anda mungkin akan mencetuskan minat orang lain untuk turut belajar. Dan pada waktu kecemasan, orang sekeliling tahu siapa yang boleh membantu jika ada stiker yang menunjukkan anda mampu melakukan CPR.
Mungkin anda rasa saya terlalu berharap atau terlalu idealistik. Tetapi kehilangan nyawa bukan perkara main-main. Kehilangan nyawa sedangkan kita boleh belajar tetapi memilih untuk tidak peduli atau bersikap ‘tidak apa’, adalah sesuatu yang menyedihkan.
Mari kita kenali CPR dan AED. Ia boleh menyelamatkan nyawa.
Jika anda telah mengikuti perkongsian kami dan ingin membeli stiker ini, harganya RM20 termasuk kos pos. Ia akan dihantar terus ke alamat rumah anda, atau anda boleh membelinya dari pejabat kami. Mari kita cipta minat dan gelombang kesedaran tentang CPR.
Ia penting untuk semua orang belajar. Anda sayang ibu bapa, suami, isteri anda? Apa yang perlu dilakukan jika mereka tiba-tiba mengalami henti jantung?
Sila undi:
- Saya mahu tahu lebih lanjut tentang CPR dan AED.
- Saya tak mahu tahu. Ini bukan masalah saya.
- Saya mahu hubungi anda dan jemput ke tempat saya untuk perkongsian CPR.
Sila undi sekarang.