Kevin, Anak Ong Yu Tiang – Membantu Tanpa Nama Demi Ibu Tunggal

Dunia ini memang kecil. SAYA BERTEMU ANAK ONG YU TIANG.
Saya sedang membantu seorang ibu tunggal menyelesaikan masalahnya, dan saya bertemu dengan seorang anak muda bernama Kevin. Rupa-rupanya, dia adalah anak kepada mendiang Encik Ong Yu Tiang.
Tidak ramai yang masih mengingati Ong Yu Tiang. Beliau adalah penjaga gol lagenda negara yang pernah bergandingan dengan mendiang Arumugam (si lelaki labah-labah) serta nama-nama besar lain seperti Mokhtar Dahari, James Wong, Hassan Sani, Bakri Ibni, Taukeh Soh Chin Aun, Santokh Singh, Shukor Salleh si kecil molek, Wong Choon Wah, Chandran, Ali Bakar dan Namat Abdullah.
Terima kasih Kevin, kerana membantu dan menawarkan perkhidmatan sewa kereta dengan harga yang amat berpatutan — semata-mata untuk membantu ibu tunggal yang sedang melalui ujian hidup sehingga mereka kembali stabil.
Dalam kerja kebajikan, kami sentiasa mencari pelbagai jalan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Kami bekerjasama dengan banyak pihak. Bukan satu, tapi ramai — demi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.