Skuad 1/86 PULAPAH – Kenangan Yang Tak Hilang
KALAU SAYA TAK TERJUN, SAYA DAH ARWAH DAH……
Beliau dah bersara. Semasa sentri di sempadan semasa menjadi anggota Polis Hutan, beliau telah di tembak dari jarak dekat. Dia sentri malam itu dan beliau ternampak ada 2 bayang orang sedang berada di tembok sempadan yang di bina.
Malam itu cahaya bulan agak terlindung dan dalam samar samar dia melihat kelibat 2 manusia sedang menyusur. Tiba tiba beliau di tembak. Beliau kata beliau terus down untuk mendapatkan perlindungan. Dan beliau telah di tembak lagi setelah mendapat cover. Beliau tak dapat balas tembakan kerana pegawai beliau tidak membenarkan kerana khuatir bila tertembak di kawasan sempadan negara jiran akan menjadi isu panjang.
Beliau kata dalam tak sampai 30 minit, pihak VAT 69 telah sampai di kawasan kejadian menembak. Beiau heran kerana ketangkasan VAT 69 yang muncul tak semena mena dari mana. Beliau sendiri kagum melihat ketangkasan anggota VAT 69 yang bergerak secara kumpulan yang kecil dan mereka tak pernah lihat base VAT 69 semasa bertugas dalam hutan. Beiau salute dengan Anggota Vat 69 kerana mereka sungguh mobile dalam hutan dan sungguh berani.
Ada lagi satu cerita bahawa kawan kena sampuk dengan orang halus dalam hutan dan terus down sehingga hari ini setelah berpuluh tahun dan tak pulih pulih. Beliau menceritakan bagaimana skuad mate peluk pokok kecil erat erat dan setelah berusaha bersungguh sungguh untuk leraikan dia dengan pokok menemui kegagalan.
Bayangkan tenaga PPH semasa itu bukan calang calang. namun tidak dapat lepaskan sq mate dari pokok tak besar mana pun. Last last CO kena panggil otai VAT69 berpangkat sarjan dan beliau datang selamba dan menepuk peha anggota yang sedang memeluk pokok tersebut, dan baca doa, sekejap sahaja anggota tersebut melepaskan pelukan beliau.
Beliau kata ada perempuan cantik dalam hutan mengajak dia kahwin. Sehingga kini, hari ini, bila di temui, bekas anggota tersebut masih menceritakan bahawa perempuan itu sedang menunggu beliau. Beliau kini ada di Melaka.
Ini lah kisah kisah menarik yang beliau dapat maklum pada saya. Beliau sebenarnya datang dari Buloh Kasap, Segamat dan mencari tempat landing untuk membawa ibu mertua berubat di Hospital Kuala Lumpur.
Kami menyediakan HOTEL RM1 untuk beliau dan keluarga beliau.
Tahniah Skuad. Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan saya.
Skuad 1/86 PULAPAH.