Berita

Mixue & Manusia: Bila Bos Muda Didik dengan Hati

Saya bertemu dengan Rainey di sebuah acara komuniti anjuran Kelab Rotary. Dia merupakan pengurus bagi 7 cawangan Mixue. Saya jarang ke Mixue kerana saya risau tentang kandungan gula dalam minuman mereka.

Baru semalam saya sedar yang lemonade mereka hanya berharga RM3. Satu cawan besar. Dan yang paling menarik, kita boleh pilih kandungan gula dalam minuman tu secara digital. Saya minta hanya 30% gula saja. Rasa dia pun ok bagi saya. Dan memang betul, ini adalah lemonade paling murah. Hanya RM3. Ais krim pula cuma RM2.

Patutlah Mixue semakin banyak buka cawangan di Malaysia – dah lebih 300 cawangan sekarang. Saya pergi ke Mixue Klang. Saya sempat berbual mesra dengan gadis muda ni yang berasal dari Pulau Pinang. Masih bujang katanya, dan dia beritahu bakal pasangannya mesti faham kerjayanya. Rutin hariannya termasuk menyemak laporan jualan selepas pukul 11 malam, menjaga staf dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Tahniah Rainey. Dia seorang yang baik dan sangat prihatin. Cara dia bercakap dengan staf Mixue sangat sopan dan penuh hormat. Betul katanya, orang semua cuma nak cari rezeki – tak perlu nak marah-marah. Jadi bos bukan lesen untuk herdik orang sesuka hati, tapi tanggungjawab untuk membina orang – terutamanya anak muda – dan membina Malaysia yang lebih hebat.

Terima kasih Mixue Klang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button