Loading Bay Bukan Sekadar Masuk: Bila SOP Tak Sekata Jadi Ancaman Nyawa

Satu Kekeliruan Yang Membimbangkan. Satu Perkara Yang Saya Ingin Tegaskan. Boleh Jadi Bahaya Kalau Kita Alpa. Adakah Pusat Membeli-Belah Bersedia Untuk Kecemasan Perubatan?
Kami dipanggil ke sebuah pusat membeli-belah untuk bersedia semasa satu acara. Oleh kerana kami tidak biasa dengan bangunan tersebut, saya bertanya kepada seorang anggota polis bantuan untuk mendapatkan arahan dan panduan. Dia mengarahkan kami ke pintu masuk Loading Bay B.
Kami pun masuk ke kawasan loading bay dan turun dari ambulans.
Kami terus ke lokasi acara dan selepas selesai perbincangan, saya mengambil peluang untuk membayar bil telefon. Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Semasa kami hendak keluar dari loading bay, kami diberitahu bahawa kami perlu membayar caj keluar. Saya benar-benar terkejut.
Ini bukan soal bayaran kecil itu, tetapi saya beritahu kepada seorang lelaki berbaju merah bahawa kami masuk ke situ atas arahan anggota polis bantuan di dalam bangunan. Lelaki baju merah itu kata kami salah kerana parkir di situ. Dia juga bertanya sama ada kami ada pesakit dalam ambulans. Kami jawab tiada. Dia kata kalau tiada pesakit, maka perlu bayar.
Saya bukan berkira sangat tentang bayaran kecil tu. Tapi yang buat saya pelik, dia kata walaupun kami dah pun parkir, kami mesti mengaku salah dulu.
Saya jawab, “Kami ikut arahan polis dalam bangunan tu. Dia yang suruh kami masuk loading bay.” Tapi lelaki berbaju merah tu guna walkie talkie dia, dan dari suara latar seorang wanita, mereka arahkan kami tetap kena bayar. Dia kata, “Itu polis, itu polis punya pasal. Loading bay saya jaga. Tak ada kompromi langsung.”
Saya kesian dengan pakcik baju merah tu. Dia hanya pekerja. Dia ikut arahan. Polis bantuan tu pun pekerja. Dia pun yakin bila dia arahkan kami ke loading bay. Kami pun sebenarnya mangsa salah arahan.
Sekarang ini jelas ada masalah penyampaian dan koordinasi. Sebuah pusat membeli-belah besar sepatutnya tidak boleh ada kekeliruan macam ini. Kalau ini belum kecemasan pun sudah jadi macam ni, bayangkan kalau betul-betul berlaku kecemasan perubatan.
Saya harap pihak pengurusan di semua peringkat ambil serius dan buat persiapan rapi. Elakkan arahan bercanggah atau kekeliruan yang boleh jejaskan tindak balas kecemasan.
Kita datang membeli-belah dengan hati tenang. Mereka bekerja dengan tekun walaupun gaji kecil. Tapi kerja mereka halal dan penting. Pakcik baju merah tu bagus – tegas dengan tugasnya, tapi janganlah kami yang dimarahi sebab salah faham arahan. Marahlah pihak yang beri arahan tak jelas. Kami pun mangsa.
Pihak pengurusan mall perlu latih frontliners mereka dengan lebih cekap. Kalau ada orang rebah dalam mall, first aiders mall kena bertindak dahulu. Kemudian pandu pihak ambulan dari luar masuk ke tempat kejadian dengan tepat – lif mana, eskalator mana, laluan mana, lokasi mangsa di mana. Saiz mall yang besar boleh buang masa emas yang penting dalam situasi perubatan kritikal.
Saya menulis bukan untuk memburukkan pakcik baju merah atau polis bantuan.
Saya cuma nak kongsi pengalaman kami ketika beri respon kepada kes kecemasan di mall. Kadang-kadang ahli keluarga panik dan mereka call kami, kami pula kena guna dua biji kelapa dan teropong buluh untuk cari mangsa. Kami terus jadi bomoh, kena ramal di mana mangsa terbaring. Kalau mangsa tu ibu mengandung, situasi makin genting.
Saya harap coretan ini sampai ke pihak pengurusan semua pusat membeli-belah.
SEMOGA TUHAN MEMBERKATI ANDA SEMUA.