Berita

Uncle Kentang Terima Anugerah Daripada Ratu Elizabeth II

Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang telah menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri Uncle Kentang menerusi kemas kini di laman Facebook beliau, hari ini.

Uncle Kentang berkata, beliau bagaimanapun mendedikasikan anugerah tersebut kepada seluruh masyarakat yang sentiasa menyokong dan membantu golongan memerlukan di negara ini.

“Saya berkongsikan mengenai penghargaan ini dengan anda semua yang telah banyak menyokong dan mendorong membantu pihak memerlukan mendapat kehidupan lebih baik.

“Ini merupakan satu penghargaan dan kejutan besar buat saya yang dipilih bagi menerima anugerah ini.

“Tidak salah jika saya katakan yang anugerah ini adalah untuk anda semua,” katanya.

Uncle Kentang telah menerima penganugerahan berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 12 Jun lalu.

Anugerah ‘Point of Light’ diberikan kepada individu dalam negara anggota Komanwel sebagai tanda pengiktirafan atas kerja sukarelawan yang membuat perubahan dalam komuniti mereka.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button