Berita

Kenapa Uncle Kentang Keluarkan Produk Gel Mandi dan Syampu Rambut?

Mungkin ramai di antara kita sering membantu mereka yang susah dan kesempitan akibat kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan.

Seringkali kita dapat melihat rata-rata pemberian yang sering di hulurkan kepada mereka adalah barang-barang keperluan makanan asas seperti beras, telur, gula, minyak, tepung dan sebagainya.

Namun ada kalanya setiap kali bantuan dihulurkan saya juga kadang-kadang terlupa bahawa mereka bukan hanya perlukan makanan semata-mata, namun keperluan lain seperti barangan penjagaan diri.

Sedih lihat bilik air mereka kosong apabila mandi tidak bersabun dan syampu hanya bilas diri dengan air sahaja.

Oleh demikian saya mengambil inisiatif mengeluarkan gel mandi dan syampu rambut dengan jenama Uncle Kentang pada harga berpatutan.

Anda boleh beli untuk diri sendiri atau sedekahkan barangan penjagaan diri tersebut kepada keluarga yang memerlukan.

Kini setiap kali bantuan makanan diberikan, saya akan sumbangkan sekali gel badan dan syampu rambut kepada mereka yang memerlukan.

Jika anda berminat untuk membeli atau menyumbang set penjagaan diri ini, sila layari www.kentangcafe.com sekarang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button