Berita

Air Mata Seorang Ibu, Harapan Seorang Jurutera

RM2,500 DIPERLUKAN UNTUK BAYAR YURAN SEMESTER.

Seorang ibu datang ke pejabat saya memohon bantuan. Beliau kekurangan RM2,500 untuk membayar yuran pengajian anak lelakinya di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Anak lelakinya baru pulang semalam dan meluahkan hasrat untuk berhenti belajar. Ini kerana ayahnya telah meninggal dunia dua tahun lalu dan ibunya yang kini berusia 62 tahun sudah tidak bekerja. Beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun diberhentikan kerana faktor usia.

Si ibu telah pergi ke pejabat parti politik untuk memohon bantuan, namun masih belum menerima sebarang jawapan. Yang terbaik, seorang jiran berbangsa Melayu telah meminta rakannya untuk membawa mereka ke pejabat saya untuk mendapatkan bantuan.

Anaknya mempunyai keputusan cemerlang. Malah, beliau tersenarai dalam Dean’s List dengan purata CGPA 3.8. Secara jujurnya, saya pun tak tahu apa itu CGPA, saya ni BTC (bukan tahu camtu), tapi saya tahu itu keputusan yang bagus lah. Anak ini perlu membayar yuran Uniten dalam masa dua hari lagi.

Tanpa berlengah, saya terus pindahkan RM2,500 ke akaun anak tersebut untuk memudahkan bayaran yuran. Si ibu melihat transaksi itu dan serta-merta menangis. Jiran Melayu dan beliau berpelukan dan menangis bersama. Ia adalah satu suasana Malaysia yang sangat menyentuh hati.

Seorang Melayu bantu seorang wanita India untuk datang berjumpa saya. Seorang lagi wanita Melayu membawa mereka ke pejabat saya kerana wanita yang dalam gambar ini hanya memiliki motosikal. Dan saya, Apek Kentang Cina BTC ini, terus bantu mereka di tempat kejadian tanpa perlu tunggu crowdfund. Saya tak mahu minta si ibu balik dahulu dengan hati yang risau. Jadi saya terus salurkan bayaran yuran itu terlebih dahulu. KITA PASTIKAN ANAK INI DAPAT SAMBUNG PENGAJIAN DAN KITA CIPTA SEORANG LAGI JURUTERA.

SEKARANG, SAYA PERLUKAN DANA ITU KEMBALI.
Saya harap setiap seorang daripada anda boleh menyumbang kepada usaha yang mulia ini. Mari kita semua menyokong semangat rakyat Malaysia yang positif dan prihatin.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
8010624732 CIMB – Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia
(rujuk: UNITEN STUDENT)

Sila WhatsApp resit anda ke nombor saya: 018 2683999 untuk rekod. Nyatakan nama dan alamat anda supaya kami boleh hantar resit rasmi.

(Nota: Ibu tersebut tinggal di rumah kos rendah setingkat di Kinrara. Jika anda ingin berjumpa dengannya, sila hubungi saya.)

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button