Jika Kita Masih Sihat, Maka Kitalah Harapan Mereka

PESAKIT KANSER. HUBUNGI KAMI DI 018-2683999. KAMI BERHARAP DAPAT MEMBANTU ANDA.
Pesakit kanser, mereka adalah insan yang tabah dan kuat. Namun itu tidak bermakna mereka tidak perlukan bantuan. Hidup perlu diteruskan. Makanan masih perlu disediakan di atas meja. Anak-anak masih perlu bayar yuran kolej, tambang bas sekolah. Bil elektrik, air, gas dan keperluan harian masih perlu dijelaskan.
Insurans mungkin membayar kos rawatan perubatan anda. Tetapi siapa yang akan tanggung bil harian rumah, belanja dapur, susu anak, lampin dan sewaan tangki oksigen?
Kita—saya dan anda yang masih sihat—seharusnya bersyukur dan dengan penuh keikhlasan, hulurkanlah bantuan kepada mereka yang sedang sakit.
Ramai pesakit kanser tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan. Jadi kami buka peluang untuk mereka tampil ke hadapan dan dibantu.
Saya berharap PROJEK OREN ini boleh menjadi titik permulaan, HARAPAN UNTUK MEREKA YANG SAKIT DAN TIDAK LAGI MAMPU BEKERJA. Tuhan memberi kita hati untuk merasa bersama mereka. Gunakanlah kreativiti dan kasih sayang untuk membantu mereka.
Saya akan maklumkan kepada pihak MAKNA, NCSM dan NGO berkaitan agar turut serta. Mudah-mudahan lebih ramai pesakit kanser dapat maklumat ini dan tampil untuk mendapatkan bantuan.
Jika anda pesakit kanser dan tidak lagi mampu bekerja, hubungi saya.