Berita
Trending

Akibat Kehilangan Kerja, Pemuda Tekad Jalan Kaki Pulang Ke Sarawak Dari Selayang

Seorang pemuda sanggup berjalan kaki untuk pulang ke Sarawak kerana kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan bagi membentung penularan wabak Covid-19 di Malaysia sejak 18 Mac lalu.

Pemuda yang dikenali sebagai Ales Lutas Anak Lenggeng berasal dari Sarawak tekad mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman setelah hilang punca pendapatan kerana kilang tempat dia bekerja telah memberhentikan operasinya sejak 3 bulan lalu.

Ales berjalan kaki dari Selayang hingga ke Jalan Kuching menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak mempunyai duit untuk mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas.

Kakak Ales dari Sarawak telah menghubungi aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) supaya membantu adik lelakinya yang kini sesat di jalan Kuching.

Tiket penerbangan Ales telah dibeli oleh kakaknya secara online namun tidak menyangka adiknya mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke KLIA kerana mereka bukanlah dari keluarga senang.

Tanpa melengahkan masa Uncle Kentang terus menghubungi Ales bagi mendapatkan lokasi sebenar dia berada agar team Uncle Kentang dapat menjejakinya nanti.

Uncle Kentang kemudiannya telah menghantar satu team untuk mencari dan membantu Ales serta membawanya menuju ke KLIA.

Dalam masa yang sama Uncle Kentang turut menyumbang sebanyak RM200 kepada Ales sebagai duit poket bagi meringankan bebannya.

Ales akhirnya tiba di KLIA sebelum jadual berlepas dan amat berterima kasih kepada Uncle Kentang kerana membantunya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button