Mohon Bantuan Tapi Tolak Sumbangan Barang Makanan
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) hari ini menyelar tindakkan seorang peminta bantuan kerana menolak sumbangan barang makanan yang diberikan kepadanya.
Uncle Kentang telah memuat naik status di Facebook miliknya menceritakan pengalaman berhadapan dengan peminta bantuan yang hanya mahu wang tunai RM200 darinya.
Malah pemohon tersebut juga mengatakan bahawa Uncle Kentang “tak steady” kerana tidak memberikan wang tunai kepadanya sebaliknya boleh beri kepada emak Faez.
Menurut Uncle Kentang, situasi yang dihadapi oleh emak Faez berbeza kerana sudah uzur manakala Faez pula sedang menderita penyakit kanser dan lebih memerlukan bantuan kewangan kerana mereka tiada punca pendapatan tetap.
Lain pula dengan pemohon bantuan tersebut yang memiliki tubuh badan yang sihat serta mampu untuk bekerja ujar Uncle Kentang.
Janganlah dibandingkan buah laici dengan durian Musang King sudah tentu jauh perbezaannya di dunia mungkin lepas tetapi di akhirat nanti Tuhan akan tuntut di sana.