Sukan

Ahli Perniagaan Berminat Taja Jersi Dan Kasut Bola Kepada Pemain UKFA

Para pemain Uncle Kentang Football Academy (UKFA) boleh tersenyum riang apabila mereka bakal menerima tajaan jersi dan kasut bola dari seorang ahli perniagaan.

Jurulatih UKFA, Albert Chung, berkata pihaknya masih lagi berbincang dengan ahli perniagaan tersebut dan kini beliau sedang mengemaskini maklumat para pemain.

“Ahli perniagaan tersebut adalah kenalan saya dan beliau telah menyuarakan untuk menaja jersi dan kasut bola kepada pemain UKFA untuk memberi suntikan semangat kepada para pemain.

“Malah setiap kali turun latihan, keseragaman pasukan akan menjadi satu identiti baharu serta kebanggaan penyokong UKFA kelak,” katanya.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Yip berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya membantu UKFA untuk mendapatkan tajaan lain.

Menurut Yip, kebanyakkan para pemain yang hadir adalah dari keluarga susah namun usaha mereka untuk melibatkan diri setiap kali latihan diadakan sangat membanggakan.

Tambahnya lagi, ada juga dikalangan pemain tidak mampu miliki kasut bola malah ada yang berkasut sekolah untuk menjalani latihan maka beliau berpendapat pasukan UKFA patut mendapat jersi dan kasut bola baharu.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button