“Kakak! Kenapa Kamu Tipu Saya?” Tanya Uncle Kentang Sambil Mengesat Air Mata

Perkenalan diantara Puan Suzila dan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) sudah lebih 4 tahun kerana sering menerima bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan bersama keluarganya.
Menurut Puan Suzila, suaminya tidak mampu bekerja setelah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang mengakibatkan tempurung kaki kiri pecah dan tidak dapat bergerak seperti biasa.
Ianya menyukarkan kehidupan Puan Suzila sekeluarga apabila ketua keluarganya tidak dapat bekerja seperti biasa dan terpaksa memohon bantuan.
Oleh demikian, Uncle Kentang menawarkan pekerjaan sebagai tukang cuci di rumah RM1 miliknya bagi menampung perbelanjaan seharian Puan Suzila sekeluarga.
Kunjungan mengejut Uncle Kentang bersama Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad bagi rakaman sebuah program bual bicara ke rumah Puan Suzila semalam ternyata mengundang sebak.

Menurut Uncle Kentang, beliau sendiri tidak menyangka bahawa keadaan rumah Puan Suzila begitu daif.
“Kita sudah kenal lebih 4 tahun kakak, tapi kenapa tak pernah beritahu keadaan rumah kakak begini?
“Kakak! Kenapa Kamu Tipu Saya?”, tanya Uncle Kentang Sambil Mengesat Air Mata.
Tambah Uncle Kentang, keadaan rumah sebegini tidak selamat diduduki tambahan pula Puan Suzila mempunyai anak-anak yang masih kecil dan terbayangkan jika dinding rumah tersebut tumbang keatas mereka.

“Saya tak dapat terima keadaan rumah kakak sebegini, kenapa kakak tak pernah beritahu?
“Malu biarkan kakak tinggal dirumah dalam keadaan macam ni kerana ini kawasan saya sepatutnya bagitahu masalah kakak dan jangan malu,” ujar Uncle Kentang lagi.
Menurut Uncle Kentang, beliau akan mencari kontraktor untuk membina semula rumah Puan Suzila.
Puan Suzila dalam sebak mengucapkan jutaan terima kasih di atas kebaikkan dan jasa Uncle Kentang kepadanya sekeluarga.
Difahamkan rumah tersebut didirikan diatas tanah peninggalan arwah bapa mertuanya dan pembinaan tersebut dilakukan oleh suaminya.
Mereka anak beranak bantu mengangkat batu bata kerana keadaan suaminya yang tidak mengizinkan untuk bergerak seperti orang lain.
Barang-barang binaan dibeli sedikit demi sedikit hasil simpanan dari kerja-kerja yang dilakukan oleh Puan Suzila.
Meskipun suaminya tidak mempunyai kemahiran bertukang namun, baginya cukuplah anak-anak ada tempat untuk berteduh.

Jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan sila ke kentangfund.com
I’ve been browsing online greater than three hours lately, but I by no means found any fascinating article like yours. It is beautiful value enough for me. Personally, if all webmasters and bloggers made excellent content as you did, the web will be much more helpful than ever before.