Uncle Kentang Umum Mahu Berundur Dari Aktivis

Hari ini netizen dikejutkan dengan satu hantaran di Facebook milik aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) yang mengumumkan untuk berundur dari membantu masyarakat.
Menurut Uncle Kentang, beliau mencari pengganti yang berminat untuk menguruskan legasinya namun dengan syarat utama adalah kerja tanpa gaji.
Uncle Kentang juga memberikan nombor telefon peribadi jika ada sesiapa yang berminat untuk menggalas tanggungjawab yang dipikulnya.
Tambahnya lagi, beliau ingin berehat serta ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keselamatan, keharmonian negara, perniagaan dan anak-anaknya.
Calon mestilah dari Lembah Klang kerana disinilah kemiskinan bandar yang sangat ketara.
Tambah Uncle Kentang, beliau ingin berundur dari dunia aktivis kerana sudah letih dan muak.
Ramai orang diluar sana sanggup menipu untuk meminta wang daripada Uncle Kentang dan terkini ada pemohon menggunakan nama hospital bahawa dia perlu menjelaskan bil yang tertunggak berbelas ribu.
Namun setelah disiasat dan tanya pada pihak hasil hospital bil tersebut telah pun dijelaskan oleh oleh Zakat.
Atas sebab itu, Uncle Kentang berasa sangat kecewa dengan sikap mereka yang mementingkan diri dan mengambil keputusan menarik diri dari dunia aktivis.