Berapa Pemain UKFA Bakal Disingkirkan

Latihan Uncle Kentang Football Akademi (UKFA) yang diadakan pada setiap isnin di Padang Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah sentiasa mendapat sambutan menggalakan dari penduduk sekitar.
Kehadiran pemain seramai 48 orang mencatatkan rekod tertinggi apabila mereka turun menjalani latihan bersama UKFA, semalam.

Ketua Jurulatih UKFA, Albert Chung, berkata sambutan dan sokongan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk menyertai UKFA amat membanggakan.
“Ada seorang pemain UKFA datang jalani latihan agak lewat dan bila ditanya rupanya dia tinggal di Sepang.
“Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan olehnya dan sekaligus membakar semangat untuk mencurahkan ilmu dengan lebih baik lagi,” katanya.
Tambahnya lagi, walaupun kehadiran pemain ramai namun beliau dapati ada beberapa pemain yang dilihat tidak berminat untuk jalani latihan.
“Sudah beberapa minggu saya perhatikan mereka dan pihak pengurusan akan mengambil keputusan untuk menyingkirkan pemain tersebut dari UKFA.
“Mereka kena faham, UKFA tidak mengambil sebarang yuran malah saya sendiri dengan sukarela melatih pasukan ini dan berharap agar para pemain dapat memberikan kerjasama serta komitmen untuk sama-sama menaikkan nama pasukan,” ujarnya lagi.