Uncle Kentang Selamatkan 3 Bayi Dari Sabah Ke Pulau Pinang

Bantuan kemanusiaan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) tiada batasan apabila 3 bayi yang perlu menjalani pembedahan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 7.30 petang, semalam.
3 bayi yang menghidap jantung berlubang terpaksa menjalani pembedahan segera di Hospital Gleneagle, Pulau Pinang dibawa dengan menaiki 2 buah Ambulans Community Policing Malaysia.
Pemindahan 3 bayi ini terpaksa dilakukan dengan segera dan berhati-hati kerana keadaan mereka tidak begitu baik dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Ketika sesi live di Facebook milik Uncle Kentang, mereka telah selamat tiba di Hospital Gleaneagle pada jam 1.50 pagi.
Terima kasih kepada Fazli, Alber Chung dan Serena kerana memandu ambulans dengan membawa 3 bayi dan ibu mereka serta selamat tiba ke destinasi yang di tuju.
Sama-sama kita doakan agar pembedahan ketiga-tiga bayi ini dipermudahkan dan sihat seperti insan lain.