Berita

Produk Pencuci Uncle Kentang Inisiatif Baharu Kumpul Dana

Bagi meneruskan bantuan berterusan kepada orang susah, lapar dan sakit, pelbagai usaha telah dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi mengumpul dana antaranya adalah dengan mengeluarkan produk pencuci jenama Uncle Kentang.

Berkongsi di laman facebook miliknya, Uncle Kentang memberitahu bahawa produk pencuci tersebut bertujuan untuk mengumpul dana.

Terdapat 3 jenis produk pencuci yang bakal dilancarkan antaranya adalah cecair pencuci pakaian, cecair pencuci lantai dan cecair pencuci pinggan.

Produk pencuci ini dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2021 dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya yang terpilih.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

  1. Nice post. I was checking constantly this blog and I am impressed! Very useful information specifically the last part 🙂 I care for such info much. I was seeking this particular info for a very long time. Thank you and best of luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button