Enggan Ke Rumah Kebajikan, Tai Pilih Bermalam Di Kaki Lima

Sejak seminggu yang lalu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah bertemu dengan seorang gelandangan di Pandan bagi membantu untuk mendapatkan tempat penginapan yang lebih selesa di Sabak Bernam, Selangor.
Hanya mahu dikenali sebagai Pakcik Tai, dia berkata sudah 4 tahun bermalam di kaki lima tersebut.
Uncle Kentang cuba memujuk pakcik Tai untuk berpindah ke rumah kebajikan yang lebih selesa di Sabak Bernam agar makan dan minumnya lebih terjaga.
Berkali-kali pujukan dan rayuan Uncle Kentang untuk membawa pakcik Tai ke rumah kebajikan ditolak.
Pakcik Tai lebih selesa tinggal di kaki lima kerana menurutnya orang di sekeliling sering memberi wang serta makanan.
Namun begitu, kes pakcik Tai ini diserahkan kepada pihak berwajib untuk perhatian mereka.
Terima kasih kepada semua yang memberikan maklumat dan terus menerus memberikan sokongan kepada Uncle Kentang.