Berita

Ucapan Uncle Kentang Kepada Manja Sentuh Hati Netizen

Pasti ramai di kalangan pengiku aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) mengetahui sejarah bagai mana kisah seorang anak kecil bernama Manja mengenali Uncle Kentang.

Baru-baru ini pada hari lahir Manja, Uncle Kentang telah bertemu dan menzahirkan ucapan tersebut dihadapannya.

Dalam pertemuan singkat itu Uncle Kentang berpesan kepada Manja sekiranya dia sudah tiada nanti ikutlah ajaran tuhan.

Sambungnya lagi Uncle Kentang berharap Manja menjadi seorang anak yang taat kepada Tuhan dan Negara.

Hasil perkongsian di laman sosial facebook milik Kuan Chee Heng, hantaran tersebut mendapat lebih 500 komen dari netizen.

Uncle Kentang juga berpesan agar Manja sentiasa bertawakal dan taqwa kepada Tuhan malah ketepikan apa kata-kata negatif kerana itu adalah ganjaran pahala dalam ujian di dunia.

Uncle Kentang berpesan sekiranya dirinya telah tiada kelak, doakan agar roh sentiasa di rahmati, sayangilah ibu, kakak dan negara malah jadilah anak yang solehah.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button