Berita

‘Saya Dah Cakap Ini Scammer Kamu Tak Faham’

Scammer akan melakukan apa sahaja bagi memperdaya mangsa agar kehendak mereka tercapai.

Malah di media-media cetak dan elektronik, kerajaan juga tegas memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak terpedaya dengan scammer.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah memuat naik satu hantaran di facebook miliknya berkenaan seorang pengikutnya yang bertanyakan tentang kiriman wang dari England.

Uncle Kentang kemudiannya menasihati agar wanita tersebut ke Balai Polis bagi mendapatkan khidmat nasihat dari pihak berkuasa.

Namun wanita tersebut berkeras menyatakan bahawa kiriman wang tersebut adalah sah kerana dikirim oleh rakannya dari England cuma dia perlu menjelaskan cukai sebanyak RM4500.

“Saya dah cakap ini scammer kamu tidak faham.

“Tapi saya suruh dia pergi ke balai polis untuk dapatkan khidmat pegawai pengiring ke bank kerana pengeluaran jumlah yang besar,” menurut Uncle Kentang di facebooknya.

Kita sendiri boleh menilai dan menggunakan fikiran yang waras untuk mendapatkan kesahihan perkara tersebut serta jangan terburu-buru.

Awas dan berhati-hati dengan email, whatsapp atau panggilan telefon oleh scammer kerana jika tersalah tidakkan wang simpanan pasti akan lesap.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button