5 Sekeluarga Bermalam Di RNR, Uncle Kentang Hulur Bantuan

Kisah 5 sekeluarga yang bermalam di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Awan Besar mendapat perhatian aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dengan terus menuju ke Lebuhraya Shah Alam bagi melihat keadaan keluarga tersebut setelah menerima berita berkenaan.
Sebelum itu, Uncle Kentang telah dihubungi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa terdapat 5 sekeluarga sedang mandi dan ketika ditanya mereka sebenarnya bermalam di RNR tersebut.
Ketika Uncle Kentang tiba di RNR Awan Besar, kelihatan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dua orang pegawai polis sedang menanti kedatangannya sambil menemani keluarga malang tersebut.
Dimaklumkan bahawa ketua keluarga tersebut telah kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan tidak mampu membayar tunggakkan bilik sewa mereka.
Sudah seminggu mereka sekeluarga telah diusir dan berteduh di beberapa RNR sebelum ditemui oleh polis yang sedang membuat rondaan.
Keluarga berkenaan kemudiannya dibawa ke Hotel 99 di Bandar Puteri Puchong untuk mereka bermalam di sana.
I gotta bookmark this internet site it seems invaluable very beneficial