Berita
Telefon 01155052148 Sekiranya Anda Perlu Ambulan Percuma

Pelbagai cara dan pertolongan telah diusahakan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan darinya.
Dalam satu hantaran di facebook miliknya, Uncle Kentang merayu kepada orang ramai agar menyimpan nombor 01155052148 sekiranya ada jiran atau saudara mara yang memerlukan perkhidmatan ambulans percuma.
Tambahnya, sudah menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka yang susah dan hilang punca pendapatan.
Menurut Uncle Kentang, Doktor Carol dari Hospital Selayang telah memohon bantuan perkhidmatan ambulans kepada pesakitnya kerana tidak berkemampuan.
Permohonan tersebut dilulus dengan serta merta dan terus mengambil pesakit berkenaan untuk dibawa pulang ke rumahnya.