Berita

Penyewa Nyaris Diusir Dari Rumah, Uncle Kentang Tampil Hulur Bantuan

Akibat kehilangan punca pendapatan seorang remaja perempuan bakal diusir oleh tuan rumah kerana gagal menjelaskan hutang tertunggak hampir 3 bulan.

Hanya mahu dikenali sebagai Tira, dia menjelaskan bahawa pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19 yang telah melanda negara ketika ini.

Tira sebelum ini mengambil upah sebagai pekerja kebersihan rumah dan pejabat bagi menampung kehidupannya di sini namun sejak perintah darurat diisytiharkan oleh kerajaan

Masalah demi masalah melanda apabila motosikalnya rosak sudah lebih 3 bulan lalu dan terpaksa ke tempat kerja dengan menaiki Grab dan teksi.

Kadar gaji sejam RM14 dan hanya mampu meraih sehari RM50 apabila banyak kediaman dan pejabat mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan orang luar kerana bimbang akan penularan wabak COVID-19.

Entah bagaimana Tira nampak satu hantaran oleh Uncle Kentang dilaman sosial Instagram dan mencuba nasib dengan menghantar pesanan WhatsApp.

Takdir Tuhan menyebelahi Tira apabila mesejnya dibalas oleh Uncle Kentang dan berhasrat untuk bertemu Tira berdekatan dengan kediamannya.

Sepanjang pertemuan itu, Tira hanya menundukkan kepalanya dan bercakap dengan penuh sopan.

Air mata mula bergenang di mata Tira ketika Uncle Kentang soalnya apa yang telah dijamah sejak beberapa hari lalu dan dengan nada tersekat-sekat dia mengatakan hanya makan megi mie.

Dalam koceknya hanya tinggal beberapa ringgit sahaja dan terpaksa berjimat sekiranya ada pejabat yang memerlukan kerja kebersihan.

Tambah Tira lagi, dia bakal diusir dari rumah sewa kerana tunggakkan dan terpaksa tebal muka untuk berjumpa dengan Uncle Kentang.

Uncle Kentang tidak cakap banyak dan terus menyuruh pasukannya untuk menyelesaikan masalah Tira.

Motosikal Tira akan dibaiki dan sewa tertunggak juga turut dilangsaikan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button