Berita

Kupon Makanan Percuma Buat Asnaf di IKN Putrajaya

Pelbagai cara dan usaha telah dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu golongan asnaf agar mereka tidak perlu berlapar meski sedang menerima rawatan.

Usaha murni ini datangnya sokongan serta dorongan oleh Unit Sosial, Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya yang sentiasa memberikan bantuan kepada keluarga susah dan kurang berkemampuan.

Ramai pesakit yang menerima rawatan di IKN terdiri dari golongan asnaf serta tidak berkemampuan.

Bagi meringankan beban keluarga tersebut, Uncle Kentang bercadang untuk memberikan kupon makanan kepada keluarga asnaf agar dapat meringankan beban mereka.

Pelancaran kupon makanan telah disempurnakan oleh Pengarah IKN, Dr. Mohd Anis bin Haron @ Harun.

Ianya merupakan kerjasama diantara IKN Putrajaya, The Admire Cafe dan Pertubuhan Amal Uncle Kentang yang turut sama menghulurkan tangan bagi membantu waris serta pesakit asnaf di IKN.

Kupon makanan ini boleh didapati melalui Pusat Sosial, IKN dan boleh digunakan di The Admire Cafe untuk menebus makanan.

Diharapkan dengan usaha ini secara tidak langsung dapat meringankan beban waris dan pesakit sepanjang berada di IKN untuk rawatan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Call Centre Uncle Kentang 03 8065 6666.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button