Coretan

Motosikal Roda Tiga Penyambung Rezeki Ibu Tunggal

Hari ini aku berasa amat gembira dapat membantu Kak Mah seorang ibu tunggal menyara keluarganya dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Salmah Mat Hassan lebih mesra dengan panggilan Kak Mah telah whatsapp aku untuk memohon bantuan motosikal roda tiga.

Kata Kak Mah, dia perlukan kenderaan untuk memudahkan mengangkut barang niaga yang tidak jauh dari rumahnya.

Modalnya tidak besar dan hanya mampu menjual sekitar 20 ekor ayam setiap hari.

Apa tah lagi, dengan ketiadaan kenderaan dia terpaksa ke tempat berniaga dengan menggunakan perkhidmatan teksi dan ada kalanya terpaksa mohon bantuan dari jiran tetangga.

Permohonannya untuk memiliki motosikal beroda tiga saya tunaikan setelah melihat kesungguhan ibu ini membesarkan anak-anaknya seramai 13 orang bersendirian.

Cerita Kak Mah ini telah saya muat naik di Facebook dan tidak lama kemudian menerima panggilan dari seorang yang berhati mulia ingin membiayai kos motosikal beroda tiga ini.

Terima kasih kepada Pengurus Besar Hugo Autoparts Sdn Bhd, James kerana sudi menyumbang kepada Kak Mah bagi memudahkan urusan berniaganya.

Kak Mah kata dia tidak percaya kerana menerima motosikal beroda tiga ini kerana dengan adanya motosikal ini dia dapat berniaga dengan lebih baik.

Malah katanya lagi kini dia tidak perlu menyusahkan jiran tengganya untuk menghantar dirinya dan barang niaga setiap hari.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button