Coretan

Isi Minyak RM10 Kerana Jururawat Dalam Kesempitan

Minggu lalu saya pulang dari Seremban bersama Serena dan isi minyak di sebuah stesyen minyak tidak jauh dari pejabat.

Tidak jauh dari hadapan ambulans saya kelihatan sebuah viva dan seorang jururawat baru parkir kerana mahu mengisi minyak namun, kelihatan agak lama dia di dalam kenderaan tersebut.

Tidak sampai 5 minit wanita tersebut keluar dari kenderaan dan bayar pada kaunter berdekatan.

Ambulans saya ketika itu telah habis isi minyak dan beri isyarat kepada rakan saya supaya jangan bergerak lagi kerana mahu melihat gelagat wanita dihadapan.

Memang nampak dia agak kelam kabut isi dan tidak sampai beberapa minit isi dia pun masuk ke dalam kenderaan dan hidupkan kenderaan.

Saya lihat wanita tersebut berpakaian jururawat dan tidak perlu saya sebutkan dari hospital mana gerakkan kenderaan di simpang jalan keluar dari stesyen minyak serta berhenti.

Terus saya memberitahu rakan saya bahawa wanita tersebut hanya isi minyak RM10 sahaja dan ternyata Serena agak terkejut dengan tekaan itu.

Kami pun gerakkan ambulans tersebut dan lihat pada pam dihadapan memang ternyata hanya RM10 sahaja yang dia isi pada kenderaannya.

Hati saya jadi sebak dan terus ungkapkan pada sahabat saya bahawa wanita berkenaan memang tiada duit sebab itu dia hanya isi RM10 sahaja.

Lantas saya minta ambulans diberhentikan bersebelahan dengan kenderaan wanita itu dan saya minta agar tingkapnya diturunkan.

Dengan perlahan tingkap wanita itu diturunkan dan saya selitkan gulungan RM50 kepadanya sambil tersenyum.

Tanpa berkata apa-apa wanita tersebut ambil wang RM50 berkenaan dan saya pun berlalu pergi.

Di dalam hati, saya hanya doakan yang terbaik wanita tersebut.

Saya pun akhirnya pulang ke rumah dan tidur dalam kepenatan seharian membantu orang ramai hari ini.

Keesokkan awal paginya saya bangun dan periksa keempat-empat telefon bimbit kerana ketika itulah ramainya mesej serta telefon kerana perlukan pelbagai bantuan.

Salah satu mesej menarik perhatian saya datang dari seorang wanita kereta viva yang dibantu semalam di sebuah stesyen minyak.

“Uncle, terima kasih kerana hulurkan kepada saya RM50 semalam.”

“Ketika berhenti untuk isi minyak semalam, saya lambat keluar kerana tengah kirakan duit syiling dari plastik beg saya”

“Malah, duit pula ngam-ngam RM10 untuk isi minyak sahaja.”

“Selesai isi minyak saya gerakkan kereta disimpang stesyen minyak berkenaan dan menangis sendirian kerana duit yang ada ketika itu hanyalah RM10 sahaja.”

“Dalam hati saya terus berdoa kepada Tuhan agar bantu diri ini kerana tiada siapa yang mahu hulurkan bantuan kepada diri ini.”

“Tidak semena-mena ambulans Uncle Kentang berhenti bersebelahan kereta saya ketika itu.”

“Saya terpaku dan terkejut kerana seolah-olah Tuhan telah menghantar penyelamat kepada saya ketika itu dengan menghulurkan RM50 ketika itu.”

“Nombor Uncle saya jumpa di ketika Google dan bersyukur kerana jumpa orang yang betul-betul dapat membantu ketika itu.”

“Bagi sesetengah orang RM50 mungkin sedikit tetapi bagi saya dengan nilai tersebut dapat bertahan 3 hari sehingga gaji masyuk.”

“Terima kasih Uncle Kentang kerana bantu saya tanpa banyak soal dan hadir betul-betul disebelah setelah selesai berdoa kepada Tuhan.”

“Teruskan berbuat baik Uncle Kentang dan saya pasti akan bantu mereka yang dalam kesempitan.”

Entah kenapa tiba-tiba air mata jantanku mengalir di pipi.

Semua yang berlaku adalah takdir Tuhan.

Saya bersyukur kerana dapat bantu mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button