BeritaCoretan

Kita Tidak Bantu Sekali Tapi Beri Bantuan Bulanan Untuk Keluarga Faiz

Bagi yang sudah lama mengikuti laman sosial Facebook saya, mesti anda tahu kisah Faiz seorang anak dari keluarga asnaf yang menderita akibat kanser.

Sejak saya membantu Faiz berulang alik dari Sungai Rotan, Jelebu ke Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya bagi mendapatkan rawatan kemoterapi, dia tidak pernah meminta apa-apa.

Setiap kali saya ambil Faiz ke IKN, dia hanya diam di sepanjang perjalanan. Namun, setiap kali itu jugalah saya akan bawanya bersarapan bersama sebelum ke Putrajaya.

Ibu Faiz pula sudah uzur dan juga rabun, namun setiap kali saya jejakkan kaki ke rumah mereka ibunya menggagahi diri menemani Faiz sehingga ke pintu hadapan.

Setiap kali itu juga saya hulurkan sedikit wang bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga. Setiap kali pulang ke Puchong saya sering terfikir apalah agaknya keluarga Faiz makan pada malam ini?

Oleh demikian bagi memastikan dapur keluarga Faiz sentiasa berasap saya telah meminta sebuah kedai runcit berdekatan dapat memberikan barangan dapur kepada mereka tanpa bayaran.

Sebaliknya catatkan segala pembelian keluarga Faiz dalam buku 555 dan berikan bil kepada saya setiap hujung bulan.

Banyak perkara boleh dipermudahkan sekiranya kita mahu.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button