Berita

Tak Sampai 26 Jam Berjaya Kumpul RM600k Untuk Mangsa Kebakaran di Karak

Dua hari yang lalu aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah membuat satu lawatan ke Kampung Baru, Karak bagi melihat sendiri kesan kebakaran yang berlaku, baru-baru ini.

Insiden tersebut telah memusnahkan 52 buah rumah dan 8 kedai akibat litar pintas namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Uncle Kentang telah bertemu dengan ketua kampung dan beberapa orang penduduk bagi mendapatkan gambaran jelas tentang insiden kebakaran tersebut.

Oleh itu, Uncle Kentang telah melancarkan satu tabung bagi membina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Baru, Karak.

Para dermawan mula membanjiri portal www.kentangfund.com pada 4 Oktober seawal jam 6.00 petang bagi menghulurkan sumbangan mereka.

Kurang 6 jam kutipan derma di kentangfund.com telah mencecah RM300k dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa atau agama telah bersatu hati membantu mereka yang dilanda musibah.

Keesokkan harinya pada 5 September, Uncle Kentang pergi ke Kampung Baru, Karak bagi menyampaikan sumbangan orang ramai sebanyak RM500k dalam bentuk cek kepada keluarga mangsa.

Menurut Uncle Kentang, sumbangan tersebut bukanlah dari dirinya, sebaliknya beliau hanyalah wakili rakyat Malaysia yang menyumbang di www.kentangfund.com.

Tambah Uncle Kentang lagi, kutipan setakat jam 11.30 malam pada 5 Oktober telah mencecah RM600k dan beliau meneruskan kutipan tersebut selagi masih ada yang ingin menyumbang.

Setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya, kerana di sebalik musibah yang berlaku kita rakyat Malaysia terus bersatu hati membantu mereka tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button