Coretan

Saya Yang Tiada Agama Galakkan Anak Buah Bantu Jenazah

Saya terima call dari Institut Kanser Negara Putrajaya (IKN) untuk bantu jenazah pulang ke Setiawan, Perak. Mulanya IKN maklumkan kemungkinan waris dari keluarga susah.

Apabila tiba di IKN membawa sedekah, saya dapati waris merupakan engineer inshore. Maka itu waris maklum beliau boleh beri token RM200. Lantas saya terima dengan hati terbuka.

Lagipun jumlah RM200 tersebut untuk Van jenazah yang perlukan kos minyak dan tol.

Saya kerah anak buah untuk bantu jenazah kerana saya ada kelas CPR di Qdees Tadika, Jalan Kuching, Kuala Lumpur kerana masa dan tarikh tak boleh di ubah.

Saya call Zul. Saya menyebut bahawa Allah telah memilih kita untuk bantu uruskan jenazah.

Mengapa kita di pilih sedangkan banyak lagi team Van jenazah lain? Saya cuba sebut bahawa ini adalah peluang melakukan fardhu kifayah dan Allah telah menjanjikan pahala sebesar 2 gunung Uhud.

Ini yang saya tahu dan kita PERLU SENTIASA BERSEDIA REBUT PAHALA. JANGAN SEKALI PUN KITA LEPASKAN PELUANG REBUT PAHALA. BUAT DOSA JANGAN SEKALI, TAPI PAHALA HARUS DI REBUT.

Setelah dengar penerangan saya, anak buah saya 2 orang telah bergegas ke bilik mayat di IKN dan bantu.

Saya hulurkan RM350 kepada anak buah dan juga RM 120 kepada orang susah yang saya terjumpa pagi semalam. Mengapa perlu RM350 untuk anak buah saya?

Kerana pergi balik perlukan minyak dan kita bagi saguhati untuk duit makan dan tol.

Ini lah saya yang tiada agama bantu manusia lain. Harap harap aku akan dapat cari agama untuk aku nanti.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

3 Comments

  1. I¦ll right away seize your rss feed as I can not in finding your e-mail subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you have any? Please allow me recognise in order that I may subscribe. Thanks.

  2. Your style is so unique compared to many other people. Thank you for publishing when you have the opportunity,Guess I will just make this bookmarked.2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button