Berita

Juadah Berbuka Percuma Sepanjang Ramadhan

Beberapa hari yang lalu sebelum bermulanya Ramadhan, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah membuat satu hantaran di Facebook miliknya berkenaan sumbangan juadah berbuka puasa kepada keluarga asnaf di Puchong.

Dianggarkan sebanyak 100 pek nasi berlauk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan di Puchong Utama berdekatan dengan pejabat operasi Pertubuhan Amal Uncle Kentang.

Ketua Program, Azim Azizi, 33, berkata program agihan juadah ini telah diaturkan dengan kerjasama beberapa kedai-kedai dan restoran-restoran bagi mereka menikmati menu berbuka yang berlainan setiap hari.

“Alhamdulillah, sejak 3 hari program berlangsung 100 pek nasi berlauk habis diedarkan dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar.

“Pek nasi berlauk ini merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui kutipan dana di https://www.kentangfund.com/campaigns/5119/ dan digalakkan orang lain juga untuk turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program ini,” katanya.

Azym juga turut menyeru kepada golongan asnaf dan mereka yang terjejas pendapatan untuk datang dan mengambil pek juadah berbuka yang dilakukan seawal jam5.00 sehingga habis agihan di alamat 27, Jalan PU 7/4, Puchong Utama, 47410 Puchong, Selangor.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi call centre Uncle Kentang ditalian 03-8065 6666.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button