Pegawai Keselamatan Siber Facebook Inc Bantu Dapatkan Semula Akaun FB Uncle Kentang
Hari ini aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah membuat satu hantaran di facebook miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Facebook, Inc kerana berjaya mendapatkan semula akaunnya yang telah digodam sejak minggu lalu.
Akaun Facebooknya yang mempunyai pengikut seramai 625,520 orang itu dikatakan tiba-tiba tidak dapat diakses pada 5 Jun 2021 sekitar jam 6 petang apabila katalaluan dan emel telah ditukar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kehilangan akses kepada akaun tersebut, membuatkan Uncle Kentang resah kerana tidak dapat membantu individu serta keluarga yang memerlukan bantuan di Facebook miliknya itu.
Akaun Facebook Kuan Chee Heng dikendalikan sendiri dan setiap hantaran pada akaun telah berjaya membantu ramai orang susah, lapar, sakit terlantar serta pengurusan jenazah.
Melalui akaun tersebut juga, Uncle Kentang berjaya mengumpul dana bagi membeli ambulans, van jenazah dan jentera bomba melalui pengikutnya cuma satu malam sahaja.
Menerusi akaun tersebut juga, Uncle Kentang mencoretkan apa yang terbuku dihatinya serta perjalanan hidup peribadinya turut dikongsikan bersama sama ada suka atau duka.
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan semula akaun Facebook miliknya namun ternyata masih gagal meski pun telah menghantar pengesahan kad pengenalan kepada Facebook Inc.
Uncle Kentang tidak putus asa kerana masih memiliki beberapa page yang dikendalikan sendiri olehnya seperti Kuan Chee Heng dan ??????? Uncle Kentang bagi mengemaskini aktiviti serta bantuan kepada orang ramai.
Namun, tidak disangka apabila pada 9 Jun 2021 sekitar jam 2.00 petang, Uncle Kentang telah menerima panggilan video di WhatsApp oleh Pegawai Keselamatan Siber Facebook Inc berpangkalan di California, Amerika sedia membantu bagi mendapatkan semula akaun tersebut.
Uncle Kentang ketika dihubungi oleh Pegawai Keselamatan Siber Facebook Inc di pejabat Persatuan Amal Uncle Kentang Malaysia, hari ini.
Lebih mengejutkan lagi apabila pegawai siber tersebut dikatakan mengenali Uncle Kentang melalui kerja-kerja amal yang dilakukannya.
Setelah melakukan beberapa verifikasi dan mengemaskini maklumat kepada pegawai berkenaan, kurang dari 3 jam akaun Facebook Uncle Kentang telah berjaya diakses semula.
Uncle Kentang secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Facebook Inc, terutama kepada pegawai keselamatan siber facebook dengan dapatkan semula akaun tersebut sekaligus membantu ramai insan yang memerlukan bantuan melalui platform tersebut.
Anyone need to raise digital white flag. Can fill in the form here https://bit.ly/3wh4tBz
I intend to donate to Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia via kentangfund.com
However, the donation receipt was issued by Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia.
Are they related?
Thanks.