Berita

Program Susu Percuma Bersama Alpro

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) berkongsi satu berita baik kepada mereka yang sakit terlantar terutama bagi pesakit hanya minum susu menggunakan tiub melalui hidung.

Tawaran ini terbuka kepada keluarga asnaf dan pesakit yang tinggal di Puchong dengan kelulusan terus oleh Uncle Kentang.

Uncle Kentang akan menilai keadaan pemohon sama ada mereka layak untuk menerima atau sebaliknya kerana ianya hanya diberikan kepada keluarga asnaf sahaja.

Usahasama diantara Uncle Kentang dan Farmasi Alpro ini diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

Menurut Uncle Kentang lagi lawatan ke rumah pemohon akan dilakukan sendiri oleh Uncle Kentang bagi menilai keadaan pesakit dan keluarga pemohon.

Sekiranya anda memerlukan bantuan susu kepada pesakit yang hanya dapat makan dan minum melalui tiub sila hubungi Mr. Liew ditalian 0162057077.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button