Berita

Saya Bukan Penggali Kubur Atau Mahir Mandi Mayat

Malam ini ada satu keluarga susah yang memohon bantuan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi menguruskan jenazah abangnya.

Menurut pemohon, abangnya telah lama menderita sakit terlantar dan menghembuskan nafas terakhirnya di Cheras.

Adik arwah maklumkan bahawa dia sedang menunggu ambulan HUKM untuk membuat pengesahan kematian abangnya dan setelah itu baru dapat buat laporan di balai polis berdekatan.

Jenazah akan dikebumikan di Kuala Lumpur dan Uncle Kentang telah meminta En Rahman dari Team Amal untuk membantu uruskan jenazah tersebut.

Seperti biasa kunci van jenazah sentiasa tergantung dan sedia berkhidmat untuk membawa mereka yang telah dijemput Tuhan.

Bagi umat Islam, pahala bagi menguruskan jenazah ini ibarat sebesar bukit Uhud kerana ianya merupakan tuntutan fardhu kifayah.

Manakala bagi masyarakat Cina ianya adalah karma kerana bagi yang belum beragama Islam, ia kemanusiaan yang mulia dan logik.

Tambah Uncle Kentang lagi, dia berasa sebak kerana dapat membantu mereka yang pulang dulu dan ianya perkara yang patut dilakukan.

Beliau bersyukur kerana menjadi tempat rujukan mereka yang susah tidak mempunyai wang ringgit untuk menguruskan jenazah abang tersayang.

Uncle Kentang juga bersyukur kerana dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button