Berita

Makcik Atun, Tenanglah Kamu Disana

Hari ini saya menerima berita sedih apabila dimaklumkan salah seorang pemohon yang pernah dibantu dahulu telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Mungkin ramai yang masih ingat dengan Makcik Atun yang tinggal di Kampung Padang Balang, Gombak telah memohon bantuan kaki palsu daripada saya.

Dana bagi merealisasikan impian Makcik Atun memiliki kaki palsu berjaya capai sasaran dalam tempoh lebih kurang 4 bulan.

Masih saya ingat awal bulan Januari 2021 saya dan team ke Padang Balang, Gombak membuat kejutan kepada Makcik Atun dengan menyerahkan wang tunai kepadanya untuk membeli kaki palsu.

Makcik Atun kelihatan sebak dan menangis teresak-esak malah tanpa henti dia mengucapkan terima kasih kepada saya dan penderma yang budiman.

Hari ini air mata saya tumpah, bila mendapat berita Makcik Atun yang pernah saya bantu telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun begitu, saya berasa gembira kerana dapat tunaikan hasratnya memiliki kaki palsu sebelum Makcik Atun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Gembirakanlah orang disekeliling kita kerana hidup ini terlalu singkat untuk berdendam apatah lagi menyakiti perasaan orang lain.

Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh adik Makcik Atun, Firdaus bahawa arwah meninggal akibat wabak Covid-19.

Jenazah Makcik Atun telah selamat dikebumikan tiga minggu lalu di perkuburan Islam, Taman Selasih, Gombak.

Salam takziah dan saya doakan agar Makcik Atun tenang disana.

Kepada sahabat yang beragama Islam sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Makcik Atun agar rohnya tenang disana.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button