Berita

Doktor Melayu Menangis Rayu Bantu Anak Cina Yang Bakal Pulang

Hari ini tangan saya sakit, rasanya sudah 7 tahun tak pernah jatuh sakit dan ini adalah ujian dari Tuhan apabila tak boleh angkat tangan kanan.

Mahu tak mahu terpaksa juga berjumpa dengan doktor dan agak mengejutkan apabila diberitahu “muscle torn”.

Doktor suruh saya berehat 5 hari supaya tangan dapat pulih dengan cepat.

Ketika mahu sandarkan badan untuk berehat, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering rupa-rupanya panggilan dari seorang doktor wanita.

Terdengar suaranya seakan-akan menangis dengan merayu bantuan untuk pesakit beliau yang merupakan seorang kanak-kanak Cina berusia 12 tahun mahu pulang ke Taiping buat kali terakhir.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Hadnisza ingin mohon bantuan ambulans Uncle Kentang kerana ayah kanak-kanak tersebut tidak bekerja dan tidak berkemampuan membayar ambulans swasta untuk membawa pulang anak kecil mereka ke kampung.

Dr. Hadnisza dalam nada sebak berkata, ibu kanak-kanak tersebut hanya mampu membayar RM1 sahaja namun, tanpa pengetahuan keluarga tersebut beliau membuat kutipan bersama rakan-rakan dan berjaya mendapat sedikit dana untuk membayar ambulans.

Apa yang membuatkan saya teruja adalah beliau seorang doktor Melayu manakala pesakitnya merupakan anak Cina namun, beliau sanggup berhempas pulas mencari ambulans serta turut menjelaskan situasi kritikal yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut kepada saya.

Saya mendoakan agar Dr. Hadnisza dan semua pekerja di Palliative Care Ward, Hospital Kuala Lumpur diberkati Allah.

Inilah Keluarga Malaysia dan terima kasih dari lubuk hati terdalam. Inilah semangat kita semua.

Love you girl and doctor. May you rest in peace.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

  1. You can definitely see your expertise in the paintings you write. The world hopes for more passionate writers like you who are not afraid to say how they believe. At all times go after your heart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button