Berita
300 Kampit Beras Kepada Asnaf Puchong
Sebanyak 300 kampit beras telah disumbangkan kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) bagi meringankan beban keluarga terjejas dan terputus bekalan makanan.
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), menerima sumbangan beras tersebut daripada NeoAsia (M) Sdn Bhd dihadapan pejabat PAUKM, hari ini.
Menurut Uncle Kentang, beliau akan agihkan beras tersebut kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.
Tambahnya lagi, Puchong tidak pernah putus bekalan makanan, namun ada dikalangan mereka yang susah ini berasa malu untuk mengambil barang makanan apatah lagi meminta-minta.
Uncle Kentang juga akan pastikan penerima bantuan beras yang bakal diagihkan adalah dari kalangan mereka yang benar-benar layak sahaja.