Petron Malaysia Agih 100 Tong Gas Bersama Uncle Kentang
Pelbagai kerjasama telah dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan bersama menyalurkan sumbangan bersama aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu keluarga-keluarga asnaf terutamanya di Puchong.
Tidak terkecuali Petron Malaysia yang telah beberapa kali bersama Uncle Kentang menyalurkan bantuan dengan memberikan 100 tong gas masak kepada golongan tidak berkemampuan, hari ini.
Bagi mengelakkan kesesakan orang ramai, dihadkan kepada 50 tong gas sahaja diberi manakala selebihnya diagihkan pada keesokkan harinya.
Seramai 100 penerima terdiri dari keluarga asnaf telah menerima sumbangan tong gas ini yang diselia oleh Mr. Liew Yew Fook.
Rata-rata penerima berasa gembira dengan sumbangan tersebut kerana ianya dapat meringankan beban mereka.
Selain tong gas, Uncle Kentang juga turut mengagihkan set makanan kering kepada mereka yang hadir.
Uncle Kentang merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Petron Malaysia kerana sering bersama-sama dengannya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama di Puchong.