Berita

Jika Lapar Carilah Saya

Dalam majlis yang serba sederhana, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah dijemput bagi merasmikan Pusat Komuniti Rukun Tetangga Pangsa Perdana, semalam.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Daerah, Wan Shazatul Aifa Wan Mohd Faisal dan Pengerusi KRT Pangsa Perdana, Harun.

Pada majlis tersebut, Uncle Kentang memberitahu kepada penduduk yang hadir, sekiranya mereka kelaparan carilah beliau pada bila-bila masa.

Ianya merupakan satu amanah dari Tuhan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan kelaparan.

Uncle Kentang juga turut menyeru kepada mana-mana KRT disekitar yang berhasrat untuk memohon bantuan makanan kepada penduduk mereka agar menghubunginya segera.

Tambah Uncle Kentang lagi, untuk bertemu dengannya tidak perlu protokol, cukup sekadar telefon atau menghantar mesej whatsapp jika perlukan bantuan makanan.

Uncle Kentang kemudiannya mengagihkan bantuan makanan sumbangan Maggi dan KK Mart kepada penduduk setempat.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button