Uncle Kentang x KK Mart : Lancar Program Sumbangan Malaysia

Program Sumbangan Malaysia merupakan satu lagi inisiatif Uncle Kentang bersama KK Mart bagi memudahkan orang ramai menderma serta memudahkan golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan yang disumbangkan.
Para dermawan boleh membuat pembayaran sumbangan di kesemua kaunter-kaunter KK Mart di seluruh negara.
Bermula dengan nilai sumbangan sebanyak RM50 bagi 1 bakul makanan, penerima bantuan boleh mendapatkan sumbangan makanan tersebut dari mana-mana KK Mart yang berdekatan dengan kediaman mereka.
Permulaan program Sumbangan Malaysia ini, melibatkan KK Mart bagi 6 negeri dahulu seterusnya perlaksanaan program ini akan dilakukan secara berperingkat ke seluruh negara.
KK Mart yang terlibat dengan permulaan program Sumbangan Malaysia ini adalah negeri Selangor, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Kepada keluarga asnaf dan kurang berkemampuan tinggal berdekatan dengan KK Mart, anda digalakkan memohon melalui jaringan di bawah ini.
https://form.unclekentang.com/borang-permohonan-kotak-makanan-kk-supermart/
Maklumat lanjut berkenaan Program Sumbangan Malaysia sila layari www.unclekentang.com.