Studio Uncle Kentang, Ibarat Mimpi Jadi Realiti
Saya masih ingat pada 2 tahun lalu, dimana sering beritahu dengan pekerja, rakan-rakan dan pengikut di FB bahawa suatu hari saya akan miliki studio sendiri.
Pada masa itu, ada yang tersenyum sinis serta menyindir tapi saya kuatkan semangat dan berusaha keras untuk miliki Studio Uncle Kentang sendiri.
Studio ini bukanlah impian “syok sendiri”, tetapi pelbagai agenda telah saya fikirkan untuk membantu peniaga-peniaga kecil bagi mempromosikan makanan dan masakan mereka kepada orang ramai.
Ramai peniaga di luar sana mempunyai masakan yang sedap-sedap belaka dan saya mereka ini akan menjemput mereka untuk berkongsikan resepi dengan anda semua.
Malah saya juga akan memanggil beberapa orang susah sebelum ini yang telah dibantu dan berjaya keluar dari kepompong kemiskinan serta berkongsi cerita suka duka mereka dengan orang ramai sebagai inspirasi.
Kita bukan mahu mencungkil kisah kesusahkan mereka itu, tetapi bagaimana dia berjaya bangkit dan bangun semula demi menyara keluarga.
Hari ini saya amat gembira dan berbangga dengan kewujudan studio yang bakal mengubah nasib insan di luar sana.
Tidak lupa kepada anda semua yang sentiasa mengikuti FB dan Youtube saya selama ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada anda semua.