Roti John Padu Di Puchong, Najib Ila Burger Jadi Tumpuan Pelanggan Di Bulan Ramadhan

Penulis tahu, masih ramai diluar sana yang tercari-cari dan memikirkan apa juadah untuk berbuka hari ini.
Hari ini penulis nak kongsikan satu menu wajib yang mesti ada ketika berbuka iaitu roti john.
Jangan tanya penulis dari mana asal usul roti john! Apa yang ingin penulis kongsikan adalah satu ‘port’ terbaik untuk beli roti john di Puchong.
Bagi penduduk di Puchong Permai mungkin sudah biasa beli di Najib Ila Burger kerana peniaga ini cukup terkenal dengan menu burger ayam goreng dan roti john ayam goreng di sini.
Pada awalnya Najib Ila Burger memulakan perniagaan mereka di Persiaran Puchong Prima dan kini mereka berniaga di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai.
Penulis dimaklumkan bahawa Najib Ila Burger sudah berniaga roti john selama 8 tahun dan sehingga kini ianya masih menjadi buruan pelanggan di Puchong terutama sebagai juadah berbuka puasa.
Tak sangka betul pukul 5.40 petang sampai di tempat niaga tersebut orang ramai dah mula beratur panjang.
Jadi penulis berkesempatan mencuba tiga jenis juadah antaranya roti john ayam goreng, burger ayam goreng dan kebab daging.
Mujur penulis dah order awal-awal menggunakan whatsapp jadi tak perlulah beratur panjang dan kebetulan pula masa sampai tu makanan pun dah siap masak.
Berbuka je, penulis terus sambar roti john dulu. Bila dah buka bungkusan roti john tu meleleh-leleh sos cili, mayo, lada hitam dan cheesey.



Roti john ayam goreng ni memang ada kelainannya apabila gigit je memang terasa juicy ayam goreng dan inti roti john itu sendiri.
Wangi roti dan ayam goreng menaikkan lagi aroma roti john apabila ditambah pula dengan inti roti john yang dibancuh dengan telur dan kemudiannya dibakar memang mengancam.
Sedapnya memang susah nak diungkapkan dengan kata-kata kerana inilah pertama kali penulis makan roti john yang sedap dan padat dengan inti.
Berebut juga penulis makan dengan anak-anak di rumah dan bertambah seronok bila tengok wajah riang mereka menghabiskan roti john ayam goreng bersama.
Bagi penulis, roti john ayam goreng ni memang cukup padu dan padat. Lihatlah sendiri apabila peniaga tidak kedekut sos, inti dan sebagainya, rezeki mereka bertambah-tambah dengan kehadiran pelanggan.
Makan roti john ni untuk berbuka pun dah kenyang sebab saiz dia memang besar dan boleh dimakan sehingga 2 ke 3 orang.
Kalau anda nak cuba roti john ayam goreng, penulis sarankan booking dahulu sebelum ke gerainya. Bukan apa takut nanti pulang dengan kecewa pula.
Anda boleh buat tempahan melalui nombor whatsapp Najib Ila Burger 01128807685.
Kalau anda memang sudah berdekatan jadi boleh terus sahaja ke gerai Najib Ila Burger di Pusat Penjaja Dataran Puchong Permai.
https://goo.gl/maps/JvbpFMjbYrTXVD6t6
