Berita

Uncle Kentang Lancar Kempen “Baju Raya Anda Kepada Anda”

Sedar tidak sedar sudah seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa bagi menunaikan rukun Islam ketiga. Kini Ramadhan berbaki 3 minggu dan tidak lama lagi bulan Syawal akan menjelma.

Prihatin akan nasib keluarga yang kurang berkemampuan seperti hilang pekerjaan akibat Kawalan Perintah Pergerakkan (PKP), Kuan Chee Heng yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang telah melancarkan kempen “Baju Raya Anda Kepada Anda” di Kedai Anda hari ini.

Kempen ini bertujuan bagi menyeru kesemua masyarakat yang mempunyai baju raya lama yang sudah tidak dipakai seperti baju melayu, sampin, baju kurung, t-shirt, seluar, kasut dan sebagainya untuk disumbangkan kepada keluarga asnaf dan tidak berkemampuan.

“Saya berharap orang ramai dapat menyumbang pakaian lama mereka yang masih dalam keadaan baik untuk anak-anak asnaf pakai pada hari raya nanti.

“Saya mahu melihat anak-anak ini dapat menyambut hari raya seperti orang lain dengan berpakaian lengkap dan cantik.” katanya.

Menurut Uncle Kentang, baju raya tersebut boleh dihantar ke Kedai Anda bertempat di stesen LRT Taman Perindustrian Puchong untuk dipamerkan pakaian yang disumbangkan di situ.

“Baju Raya Anda Kepada Anda ini adalah usaha kita bersama bagi memastikan agar setiap insan dapat menyambut hari raya dengan lebih baik dan bermakna.

“Saya menyeru insan budiman diluar sana agar sama-sama dapat menjayakan kempen ini yang bermula pada hari ini sehingga dipenghujung Ramadhan.” ujarnya lagi.

Baju raya ini akan dipamerkan di Kedai Anda dan memudahkan keluarga asnaf yang datang bagi mendapatkan baju raya yang sesuai dengan saiz mereka.

Uncle Kentang juga turut menyeru keluarga yang tidak berkemampuan untuk datang ke Kedai Anda bagi mendapatkan baju raya di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kempen Baju Raya Anda Kepada Anda sila hubungi call centre 03 8065 6666.

Atau sila datang ke Kedai Anda lokasi seperti dibawah ini:

Kedai Anda, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor

https://goo.gl/maps/Na78gCQ33j4rWJnLA

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

  1. It’s appropriate time to make a few plans for the long run and it’s time to be happy. I have read this submit and if I may I wish to suggest you some fascinating things or tips. Maybe you can write next articles referring to this article. I want to read even more things approximately it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button