Buffet Ramadhan RM3 Seorang di Hotel Grand Season, KL
Bagaikan tidak percaya apabila mengetahui Rumah Prihatin menganjurkan iftar ramadhan serendah RM3 seorang.
Penulis turut mendapat undangan ke majlis pelancaran iftar ramadhan Rumah Prihatin, baru-baru ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan pengasas rumah prihatin.
Tibanya di hotel tersebut, penulis naik ke aras dua dan daftar di kaunter yang disediakan.
Setelah dapat nombor meja, penulis menuju masuk ke dalam ballroom tersebut dan ternyata walaupun cuma bayar RM3 namun, suasananya setaraf hotel 5 bintang.
Sementara menanti waktu berbuka, hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan.
Penulis sempat menjenguk beberapa kiosk yang nyajikan kuey teow goreng, kuih tradisional, rojak buah dan lain-lain.
Setelah jam 7, penulis pun beratur bagi mengambil nasi dan lauk pauk yang disediakan secara layan diri.
Pelbagai aneka lauk yang disediakan antaranya seperti masak lemak tenggiri masin, ayam bakar, ikan bakar, kari telur, sambal kentang ikan bilis dan gulai kawah daging.
Manakala air pula terdapat 2 pilihan seperti air sirat dan air jagung selain itu air mineral juga turut dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Rasa makanannya memang betul-betul enak tambahan pula masak lemak tenggiri masin memang kegemaran penulis.
Bayar RM3 tapi beraneka juadah anda dapat nikmati di sini. Mana nak cari tempat makan murah dengan makanan setaraf 5 bintang macam ni?
Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di sini penulis digalakkan agar buat tempahan terlebih dahulu sebelum ke rumah prihatin.
Sila hubungi nombor tertera dibawah untuk tempahan atau sebarang pertanyaan lanjut 1800887997.