Makan

Berbuka Dengan Nasi Kandar Melayu Memang Mantap

Baru-baru ini penulis dapat info dari warga Puchong bahawa ada satu kedai makanan Melayu yang menjual nasi kandar utara.

Sudah lama penulis mencari nasi kandar di kawasan Puchong kini akhirnya dapat juga merasa sebagai juadah berbuka.

Terima kasih penulis ucapkan kepada pembaca budiman yang sudi berkongsikan lokasi kedai dan menu yang jarang-jarang jumpa di sini terutama nasi kandar Melayu.

Tanpa membuang masa penulis pun terjah kedai makan Bihun Sup Utara Daging Segenggam yang terletak di Puchong Permai sahaja.

Seperti biasa tanpa membuang masa penulis order nasi kandar dengan dua ketul ayam goreng, dua ekor sotong dan kuah banjir.

Lauk pauk lain pun ada seperti daging hitam, telur rebus, ayam masak kicap dan lain-lain.

Sementara peniaga tersebut menyiapkan pesanan tersebut, penulis sempat berborak dengannya.

Katanya nasi kandar Melayu ini adalah versi Kedah dan agak berlainan sedikit dengan nasi kandar Penang.

Kebiasaannya nasi kandar Kedah sedikit berminyak dan berwarna kuning serta kuah campur juga lebih kepada selera orang Kedah.

Kalau penggemar nasi kandar Penang makan di sini, kemungkinan akan dapat rasa sedikit kekurangan berbanding nasi kandar asli Penang.

Namun, pada pendapat penulis setiap peniaga ada resepi dan rasa tersendiri dalam penyediaan makanan masing-masing.

Tidak lama kemudian azan pun berkumandang dan selesai baca doa penulis pun makan nasi kandar tersebut.

Rasa nasi kuning tersebut memang sedap dan aromanya sendiri menyucuk-nyucuk hidung penulis.

Di gaul rata nasi dan kuah banjir, penulis pun cubit sedikit ayam goreng dan menikmati setiap suap nasi ke mulut.

Ayam goreng masih lagi panas dan masak sekata. Begitu juga dengan sotong masak sambal memang terasa lembut bila dikunyah.

Harga biasa nasi kandar dengan ayam seketul cuma RM8 sahaja.

Terubat rindu dikampung bila dapat makan nasi kandar di sini.

Suasana dan persekitaran makan di kedai sangat tenang sekali. Tambahan pula ruang kedai juga luas dan selesa.

Selain nasi kandar Melayu, terdapat menu lain juga yang turut di jual di sini.

Menu utama mereka adalah sup. Jadi anda boleh cuba sup daging segenggam seperti bihun, mi, koey teow dan juga makanan bergoreng.

Anak penulis tak minat nasi kandar jadi dia cuma makan nasi goreng cina sebab tak pedas.

Kedai makan Bihun Sup Utara Daging Segenggam berniaga setiap hari rabu hingga isnin dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Menurut peniaga tersebut juga, nasi kandar Melayu ini cuma dijual pada bulan Ramadhan sahaja.

Jadi kepada anda tercari-cari nasi kandar Melayu di Puchong, bolehlah serbu Kedai makan Bihun Sup Daging Segenggam di Puchong Permai.

Untuk navigasi dan lokasi kedai sila klik jaringan dibawah ini.

https://g.page/bihunsuputaradagingsegenggam?share

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button