Makan

Kambing Bakar Jadi Juadah Berbuka Di Puffy Buffy

Hujung minggu lalu penulis mendapat undangan khas berbuka di Puffy Bluffy, Cyberjaya bersama keluarga.

Menariknya penulis diberitahu bahawa juadah berbuka kali ini ada kambing bakar dan makan secara buffet di sini.

Lebih kurang 6.30 petang penulis tiba di hadapan restoran Puffy Bluffy. Tempat parkir kereta pun banyak dan tak jauh pun dari restoran.

Setelah mendapat tempat duduk, penulis pun meninjau menu yang dihidangkan di restoran ini.

Terdapat 3 stesen hidangan makanan disediakan antaranya masakkan melayu, masakan barat, kuih muih dan kambing bakar.

Pada stesen masakan Melayu terdapat hidangan seperti nasi putih, nasi hujan panas, kurma ayam, kailan goreng, rendang daging, ulam dan sambal belacan.

Masakan barat dan kuih muih pula dihidangkan dengan spaghetti, daging bakar, sup cendawan, roti bakar, seri muka, kurma, tauhu bakar dan lain-lain.

Seterusnya stesen kambing bakar disediakan khas bersebelahan bekas air sejuk dan panas.

Pada ketika ini, stesen makanan melayu paling ramai beratur dan penulis ke hidangan barat sebab orang tak berapa ramai di situ.

Setelah itu lebih kurang 15 minit sebelum waktu berbuka, penulis tengok stesen makanan melayu sudah tiada orang lagi. Sudah tiba giliran penulis dan anak-anak mengambil nasi hujan panas seterusnya ambil kambing bakar dan air.

Tiba waktu berbuka dan selesai bacaan doa, penulis terus mencuba nasi hujan panas. Rasanya memang sedap, di tambah pula dengan kuah kari dan kurma ayam memang terangkat.

Sudah lama rasanya tak makan nasi hujan panas rasa macam ni. Kena pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan sedar tak sedar habis sepinggan nasi.

Kini masanya nak cuba kambing bakar pula. Dagingnya memang lembut dicicah pula dengan kuah “black papper” padu betul.

Penulis suka dengan kentang lenyeknya, rasanya memang sedap lain dari yang lain. Anda memang patut cuba makan di sini.

Paling best, boleh makan kambing tanpa had selagi mana ianya dihidangkan di stesen tersebut.

Suasana berbuka di sini memang santai, walaupun ramai orang tapi tak terlalu bising. Sesuai untuk berbuka bersama keluarga tersayang.

Harga dewasa RM38 manakala kanak-kanak 6 tahun hingga 10 tahun RM22.

Bagi yang ingin cuba nikmati juadah berbuka di Puffy Buffy sila hubungi 012 770 1807 (Kak Long).

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button