Berita

Uncle Kentang Jual Buku Untuk Bantu Keluarga Susah

Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bagi membantu mereka yang memerlukan darinya.

Baru-baru ini difacebook miliknya, Uncle Kentang telah menjual dua buah yang berjudul “Sementara Ku Di Sini” dengan harga RM100 senaskah bagi membeli makanan buat keluarga malang tersebut.

Tidak sampai 5 minit jualan buku tersebut telah dibeli oleh 2 orang budiman iaitu Subash dan Nana namun, mengejutkan apabila Ricky tiba-tiba turut tampil dengan sumbangan sebanyak RM100.

Ini menjadikan jumlah kutipan sebanyak RM300 berjaya dikumpulkan bagi membantu keluarga tersebut bagi membeli barang makanan serta wang tunai agar dapat meringankan beban mereka.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button