Berita
Uncle Kentang Umum Cuti Tiga Minggu

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang akan mengambil cuti daripada tugas rasmi Presiden Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) sepanjang tiga minggu tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dalam kenyataan rasmi dilaman Facebook Kuan Chee Heng yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAUKM, Lee Kong Leong menegaskan bahawa Uncle Kentang bertanding sebagai calon bebas merupakan keputusan peribadi dan aktiviti Pilihan Raya Umum Ke-15 tiada kaitan dengan PAUKM.
Segala perbelanjaan sebagai calon bebas adalah ditanggung sepenuhnya oleh Uncle Kentang dan tiada apa-apa kaitan dengan PAUKM.