Bomba Komuniti Pangsapuri Melur Puchong Prima Bantu Angkat Pesakit

Bomba Komuniti Pangsapuri Melur Puchong Prima telah membantu team ambulans Uncle Kentang bagi membawa pesakit ke aras 3, hari ini.
OC Bomba Komuniti Pangsapuri Melor Puchong Prima, Mohd Nurul Amin bin Hasan, 40 berkata, beliau telah menerima panggilan tersebut dan turut membantu team ambulans berkenaan pada tengah hari tadi bersama dua rakan sejawat yang lain.
“Keseluruhan pesakit yang kami bantu hari ini lebih kurang 4 orang kesemuanya, termasuk pesakit disebelah pagi dan petang kerana ia merupakan tanggungjawab kami untuk membantu masyarakat di sini.
“Selain itu, kami juga turut membantu masyarakat di Pangsapuri Melor seperti menangkap ular, membuka pintu rumah terkunci, memadam kebakaran serta menangkap kucing terperangkap di atas bangunan.” ujarnya lagi.
Menurut Amin, pasukan Bomba Komuniti Pangsapuri Melur Puchong Prima juga turut melibatkan latihan bersama anggota Bomba dan Penyelamat Puchong seperti aktiviti penyelamatan banjir yang berlaku di Kampung Sri Aman baru-baru ini.
“Kerjasama bersama pihak Bomba dan Penyelamat Puchong sekaligus membuka minda dan kemahiran kami bagi menyelamatkan mangsa banjir serta menyalurkan bantuan lain ketika berlakunya situasi kecemasan tersebut.” kata Amin.
Bomba komuniti ini ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Penubuhan (ROS) dengan tujuan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kecemasan.
Kami beroperasi tanpa meminta balasan dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, kerana kepercayaan kepada takdir Allah. Semangat sukarelawan dan semangat kebersamaan dalam membantu masyarakat menjadi panduan utama kami.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Haris Cheng dan Haqim kerana turut membantu mengambil pesakit dari hospital setelah menerima rawatan di hospital.